“TARBIYAH CEMERLANG,INSAN GEMILANG”

Ma’had Tahfiz Al-Quran Nusratul Ulum(MATAN) terletak di kampung Cherok To Kun Atas,Bukit Mertajam, Pulau Pinang. MATAN berhampiran sebuah tempat rekreasi yang terkenal disini iaitu hutan lipur Bukit Mertajam. MATAN telah ditubuhkan pada tarikh 1/6/2010.
Pada masa ini, MATAN masih lagi menyewa di sebuah premis.Kewangan MATAN hanya bergantung kepada yuran yang diambil dari para pelajar sebanyak RM100.00 sebulan.
MATAN juga menyediakan pengajian secara percuma kepada anak-anak yatim yang tidak berkemampuan.
Permintaan dari masyarakat untuk mendaftar di MATAN amat mengalakkan, namun demikian kami tidak dapat menerima kemasukan mereka kerana tempat yang amat terhad.
Atas keperluan tempat yang lebih besar dan selesa, kami merancang untuk membina bangunan empat tingkat di atas tanah milik MATAN yang berkeluasan 2 ekar yang merangkumi ruang pejabat, ruang tetamu, dewan belajar, asrama, dapur, dewan makan dan sebagainya. Untuk melengkapkan lagi keperluan sistem tarbiah di MATAN, kami juga merancang membina sebuah surau yang mampu menampung 500 jemaah. Untuk kos keseluruhan pembinaan ini kami mengangarkan RM2 juta bagi menjayakan apa yang dirancang.
Tanpa bantuan dan sokongan para dermawan islam seperti Tuan/Puan, kami warga MATAN tidak mampu memenuhi permintaan masyarakat yang berhasrat untuk menghantar anak-anak mereka ke MATAN serta tidak mampu menyediakan keselesaan tempat tinggal dan sebagainya untuk pelajar yang sedia ada.
Segala jasa baik Tuan/Puan, Di sudahi dengan maksud ayat "dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan." al-Baqarah:272
Untuk menjayakan apa yang dirancangkan ini kami menyeru semua umat islam berganding bahu bersama membantu menjayakan rancangan ini.
Bagi urusan pemberian sumbangan,Tuan/Puan boleh datang sendiri atau masukkan ke akaun BANK ISLAM(0705-2010-0077-94) @ CIMB ISLAMIK [0740-0000-6551-00] @ MAYBANK [5573-2605-0364] atas nama ma’had ini.
Sekian,Wassalam.


SEBARANG BENTUK SUMBANGAN BAGI PEMBINAAN DAN PENTADBIRAN MATAN. HUBUNGI :- 017-4555400(MUDIR) EMAIL : nusratul_ulum@yahoo.com BANK ISLAM(CAWANGAN BANDAR PERDA)[0705-2010-0077-94]...CIMB [0740-0000-6551-00]...MayBank [5573-2605-0364]

Rabu, 9 Mei 2012

PENGAMBILAN PELAJAR

Syarat kelayakan adalah seperti berikut :
1) Pemohon hendaklah berumur 13 tahun ke bawah.

2) Mempunyai daya ingatan yang kuat, berminat dan mempunyai kesungguhan.Boleh membaca al Quran dengan baik dan lancar.Boleh membaca dan menulis.

3) Berakhlak mulia dan bersifat taat.

4) Memdapat keputusan yang baik atau sekurang-kurangnya 2A dalam peperiksaan UPSR.

5) Pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan (fakir/miskin) yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan juga diterima.

6) Lulus temuduga oleh pihak MATAN.

7) Pihak ibubapa dan pemohon bersedia untuk patuh kepada tatatertib dan hukuman yang dikenakan oleh pihak madrasah.

NOTA: Anda dikehendaki membawa bersama:Salinan kad pengenalan atau surat beranak.Surat sokongan sekolah atau madrasah.Keputusan UPSR (jika sudah mengambil peperiksaan itu) atau keputusan peperiksaan pertengahan tahun.Satu salinan bagi setiap sijil dan dokumen.2 keping gambar berukuran passport.

Keterangan kepada yang berminat :Tuan/puan hendaklah mengisi borang permohonan kemasukan pelajar dan membawa bersama pemohon dan dokumen yang berkenaan untuk hadir pada sesi temuduga.Asrama dan semua kemudahan asas disediakan oleh pihak madrasah.Keperluan dan kelengkapan lain akan dimaklumkan kepada tuan/puan sekiranya permohonan anak tuan diterima.Makan/minum harian akan disediakan oleh pihak madrasah.Semoga penyertaan anak-anak tuan/puan akan melahirkan para Dai’ dan Ulama yang berwibawa dan bertakwa. Melalui pengetahuan ilmu yang mantap dan tarbiah dan bimbingan dalam mengamalkan kehidupan yang berasaskan al-Quran dan al-Sunnah akan berkemampuan untuk menyumbangkan tenaga dalam pembangunan rohani dan jasmani umat seluruh dunia. 


Undang-Undang dan Tatatertib MATAN.
Peringatan : Undang-undang ini hendaklah dihafal di rumah sebelum datang pada hari pendaftaran untuk membolehkan pelajar terus masuk ke dalam kelas pengajian. Pelajar yang tidak ingat undang-undang tidak dibenarkan masuk ke dalam kelas pengajian.

1) Setiap pelajar mestilah menghormati semua guru, pihak pentadbir dan pekerja-pekerja (kakitangan) madrasah.

2)Setiap pelajar mestilah menjaga kebersihan diri dan madrasah.

3) Setiap pelajar mestilah mengambil bahagian di dalam setiap program dan menepati masa yang telah ditetapkan seperti majlis bayan, waktu belajar, waktu makan, waktu tidur dan lain-lain.

4) Pakaian mestilah mengikut sunnah. Jubah atau kurta labuh mestilah atas dari buku lali. Baju yang bergambar atau bertulis tidak dibenarkan. Pakaian rasmi waktu kelas ialah jubah putih, songkok putih dan serban putih.Rambut mestilah pendek dan kemas.Janggut tidak boleh dicukur.

5)Tidak dibenarkan menghisap rokok dan benda-benda yang merbahaya seperti dadah, menghidu gam dan lain-lain. Pihak madrasah berhak untuk memberhentikan pelajar yang didapati terlibat dengan perkara tersebut.

6) Tidak dibenarkan berada di dalam bilik asrama ketika waktu kelas. Semasa belajar tidak dibenarkan meninggalkan bilik darjah tanpa kebenaran.

7) Keluarga atau waris boleh berjumpa dengan pelajar setelah mendapat kebenaran daripada pihak madrasah.Setiap pelajar hanya dibenarkan meninggalkan madrasah atau bercuti setelah mendapat kebenaran dari pihak mudir atau ustaz bertugas.

8) Setiap pelajar tidak dibenarkan membawa orang luar ke dalam kawasan asrama dan pelajar yang telah diberhentikan tidak dibenarkan masuk ke dalam asrama.

9) Setiap pelajar diwajibkan menjaga sembahyang lima waktu dengan berjemaah di masjid dan hendaklah menjaga sembahyang-sembahyang sunat.

10) Setiap pelajar tidak dibenarkan menerima wang, hadiah atau benda daripada sesiapa pun kecuali daripada keluarga sendiri. 

11) Pemberian wang dari ibubapa untuk perbelanjaan pelajar hendaklah dibuat melalui pihak madrasah.

12) Membuat bising dan bergaduh adalah ditegah sama sekali. Jangan bertindak sendirian bahkan buatlah aduan kepada pihak mudir atau ustaz.

13) Tidak dibenarkan melibatkan diri dalam politik, membentuk sebarang pertubuhan, mengadakan tunjuk perasaan, menghalang manshah (kehendak) madrasah dan menyiarkan sebarang berita di akhbar-akhbar.

14) Setiap pelajar mestilah mewujudkan suasana agama dan belajar pada setiap masa.Tidak dibenarkan membawa majalah, akhbar, radio, kaset, video, kamera, telefon bimbit dan semua jenis alat- alat muzik ke dalam madrasah.

15) Tidak dibenarkan menyimpan barang-barang merbahaya seperti pisau, parang, besi tajam, kapak dan lain-lain.

16) Pihak madrasah berhak memberhentikan pelajar yang melalukan kesalahan-kesalahan besar seperti menghisap dadah, melawan guru dan bergaduh dengan menggunakan senjata yang merbahaya.

17) Pihak madrasah, mudir dan ustaz boleh membuat siasatan mengejut terhadap aktiviti-aktiviti pelajar pada bila-bila masa siang atau malam.

18) Setiap pelajar adalah dilarang sama sekali meminjam, mengambil serta menggunakan barang-barang kepunyaan awam seperti basikal, motosikal, kereta dan lain-lain serta menggunakannya di dalam atau di luar kawasan madrasah.

19) Telefon seminggu sekali dengan keizinan daripada ustaz bertugas.

Selain daripada perkara-perkara di atas, pihak madrasah berhak meminda atau menambah sebarang undang-undang yang mesti dipatuhi oleh setiap pelajar.
PENDAHULUAN 

Memandangkan permintaan dan kesedaran masyarakat terhadap sistem pengajian islam,timbul kesedaran untuk memenuhi permintaan itu maka pada 1-6-2010 bersamaan 18 jamadilakhir 1431 dengan berkat doa,mensyuarah,usaha dan sokongan dari ibu-bapa,para ulama dan rakan-rakan wujudlah sebuah madrasah yang diberi nama Ma'had Tahfiz Al-Quran Nusratul Ulum(MATAN).
MATAN sekarang ini sedang menyewa disebuah premis yang berada didalam kawasan sebuah pondok yang dahulunya dibina untuk pengajian kitab umumi.Premis yang digunakan sekarang ini adalah sebuah rumah yang dahulunya diduduki oleh seorang ustaz yang mengajar dipondok itu dan diatas masalah yang timbul,pondok itu diberhentikan pengajiannya dan sekarang ini disewa oleh MATAN untuk menyediakan pengajian tahfiz Al-Quran.
MATAN Ialah sebuah institusi pengajian yang menumpukan pengajian bersumberkan Al -Quran dan Hadis Nabawi.pada permulaan ini Ma'had ini hanya menumpukan perhatian kepada penghafalan Al-Quran,InsyaAllah pada masa yang akan datang ianya akan dikembangkan kearah pengajian yang lebih menjurus kepada pemahaman isi-isi Al-Quran dengan makna yang lebih mudah pengajian Alim.
Diawal penubuhan MATAN pelajar seramai 7 orang telah menjadi pelajar sulung kami dan sekarang ini pelajar semakin bertambah.Bilangan pelajar sentiasa bertambah.sehingga kini pelajar yang mendaftar adalah seramai 25 orang.
Matlamat utama MATAN ditubuhkan ialah untuk melahirkan kembali generasi yang berilmu dan berwawasan dalam meninggikan kalimah Allah dimuka bumi ini disamping mengembalikan kegemilangan sistem pengajian islam yang semakin hari semakin pudar ditelan arus pendidikan sistem pengajian duniawi.Tanpa menafikan kepentingan pengajian duniawi.kami merasakan tanggungjawab untuk mengembalikan sistem pendidikan islam amat dirasakan perlu setelah jelas ternyata keupayaan sistem ini melahirkan generasi yang beriman lagi bertaqwa berbanding sistem pengajian duniawi.Agar tidak ketinggalan dari segi keduniaan juga,insyaAllah MATAN berhasrat akan menyediakan pengajian itu jika diizinkan Allah S.W.T pada masa hadapan.
MATAN juga berwawasan jauh untuk mendidik pelajar-pelajar agar sentiasa bersemangat untuk berjuang demi islam dengan cara yang dibenarkan syarak,berdedikasi dalam mencari ilmu yang bersanad lagi benar dan tepat,sentiasa berakhlak mulia dan sentiasa menjaga hubungan diri dengan Allah S.W.T dan masyarakat sekeliling,
Diharap suatu hari nanti MATAN dapat berjalan seiringan dengan pusat pengajian islam yang lain dalam memperteguhkan aqidah dan memartabatkan islam dimata dunia.



MOTO
Tarbiah Cemerlang Insan Gemilang



1) Melaksanakan kewajipan fardhu kifayah yang dituntut oleh Islam dalam memelihara kesahihan, kesucian dan keaslian Islam dan Al-quran dari sebarang penyelewengan bacaan dan penulisan.

2) Melahirkan generasi Al-Quran dan para ulamak yang menepati ciri-ciri taqwa dan beramal dengannya.

3) Melahirkan golongan yang serba boleh dalam mengendalikan ilmu, iman, amal dan dakwah melalui hafalan Al-Quran dan hikmahnya.

4) Menghidupkan kembali ilmu-ilmu Al-Quran serta menambah bilangan penghafaz Al-Quran yang dapat berbakti kepada agama, masyarakat dan negara.

5) Melahirkan pemimpin yang boleh dijadikan qudwah dan uswah bagi membentuk masyarkat demi menjamin kejayaan di dunia dan di akhirat.

6) Melahirkan insan yang mempunyai ciri-ciri berikut,
-Ulama Amilin
beramal dengan ilmu yang dimiliki.

-Daei ilallah
mengajak manusia kejalan yang diredhai

-Mujahidien
bersedia menghadapi susah payah demi menegakkan Islam


AKTIVITI HARIAN, MINGGUAN DAN BULANAN.
Disamping menumpukan perhatian kepada pelajaran,pelajar disini juga dianjurkan memberi perhatian kepada kesihatan jasmani kerana otak yang cerdas datangnya dari badan yang cergas dan sihat. Aktiviti-aktiviti yang dirancang di madrasah ini bagi menjadikan pelajar-pelajar disini cergas dan cerdas ialah;
1) Mengalakkan pelajar supaya bersukan selepas asar.
2) Melakukan senaman seminggu sekali dan berjogging.
3) Membawa ketempat riadah sebulan sekali bagi mengelakkan pelajar menjadi stress akibat bebanan pelajaran yang mungkin menganggu emosi mereka



TENAGA PENGAJAR
Buat masa ini tenaga pengajar dimadrasah ini adalah seramai 2 orang dan akan ditambah jika ada penambahan pelajar. Kami disini akan cuba sedaya upaya kami agar dapat menyediakan tenaga pengajar yang mampu mentarbiah para pelajar menjadi insan yang cemerlang bersesuaian dengan moto madrasah iaitu ‘tarbiah cemerlang insan gemilang’.


SISTEM PEMBELAJARAN
Seperti madrasah tahfiz al-quran yang lain, kelas dimadrasah ini bermula dari pukul 5 pagi. Selepas solat tahajud, pelajar akan berada didalam kelas hafazan selama 9 jam diselangi dengan masa tidur, beriadah ,bersukan, makan. bersolat dan sebagainya.
Disini kami amat memberi penekanan terhadap masa yang diambil oleh seseorang pelajar dalam menghabiskan pelajaran mereka seperti pelajar yang membaca Iq’ra wajib menghabiskan Iq’ra hanya dalam masa 6 bulan dan begitu juga pelajar wajib menghafaz 6 juz al-quran dalam masa 4 bulan
Sekiranya mereka tidak dapat berbuat sedemikian maka hukuman akan dikenakan.diharap target yang diletak dapat membantu pelajar menjadi pelajar yang cemerlang.


PELAJARAN TAMBAHAN
Hafazan al-quran adalah maksud utama madrasah ini namun begitu ilmu fardhu ain adalah ilmu yang perlu disaluti bagi menampakkan seri seorang hafiz al-quran yang sempurna. Oleh kerana itu kami telah mengadakan kelas fardhu ain bagi pelajar-pelajar dimadrasah ini.
Disini juga pelajar diberi galakan agar menghafal sebanyak mungkin hadis Nabi berkenaan akhlak seorang insan kerana dengan cara ini ianya mampu menjadikan pelajar berkenaan seseorang yang berakhlak mulia.
Pelajar disini juga akan didengarkan dengan Kitab Fadhail Amal untuk memberi kepada mereka keghairahan untuk beramal.


RANCANGAN DIMASA HADAPAN
1. Menyediakan sebuah madrasah yang mempunyai prasarana yang lengkap dan teratur.
2. Memberi keselesaan kepada para pelajar namun begitu masih mahu mengekalkan konsep nabawi.
3. Menjadikan madrasah sebuah institusi yang menjaga kebajikan pelajar,guru dan masyarakat sekelilingnya.
4. Memberi pendidikan kepada anak-anak yatim secara percuma.
5. Menaja pelajar yang cemerlang untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
6. Menyediakan pengajian bukan hanya kepada pelajar madrasah bahkan akan berusaha menyediakan pengajian kepada masyarakat sekeliling.
“TARBIYAH CEMERLANG,INSAN GEMILANG” 

Ma’had Tahfiz Al-Quran Nusratul Ulum(MATAN) terletak di kampung Cherok To Kun Atas,Bukit Mertajam, Pulau Pinang. MATAN berhampiran sebuah tempat rekreasi yang terkenal disini iaitu hutan lipur Bukit Mertajam. MATAN telah ditubuhkan pada tarikh 1/6/2010. Pelajar seramai 7 orang telah menjadi pelajar sulung kami dan sekarang ini jumlah pelajar semakin bertambah.
Pada masa ini, kami masih lagi menyewa di sebuah premis.Kewangan MATAN hanya bergantung kepada yuran yang diambil dari para pelajar sebanyak RM100.00 sebulan.
MATAN juga menyediakan pengajian secara percuma kepada anak-anak yatim yang tidak berkemampuan. 
Permintaan dari masyarakat untuk mendaftar di MATAN amat mengalakkan, namun demikian kami tidak dapat menerima kemasukan mereka kerana tempat yang amat terhad.
Atas keperluan tempat yang lebih besar dan selesa, kami merancang untuk membina bangunan empat tingkat di atas tanah milik MATAN yang berkeluasan 2 ekar yang merangkumi ruang pejabat, ruang tetamu, dewan belajar, asrama, dapur, dewan makan dan sebagainya. Untuk melengkapkan lagi keperluan sistem tarbiah di MATAN, kami juga merancang membina sebuah surau yang mampu menampung 500 jemaah. Untuk kos keseluruhan pembinaan ini kami mengangarkan RM2 juta bagi menjayakan apa yang dirancang. 
Tanpa bantuan dan sokongan para dermawan islam seperti Tuan/Puan, kami warga MATAN tidak mampu memenuhi permintaan masyarakat yang berhasrat untuk menghantar anak-anak mereka ke MATAN serta tidak mampu menyediakan keselesaan tempat tinggal dan sebagainya untuk pelajar yang sedia ada.
Segala jasa baik Tuan/Puan, Di sudahi dengan maksud ayat "dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan." al-Baqarah:272
Untuk menjayakan apa yang dirancangkan ini kami menyeru semua umat islam berganding bahu bersama membantu menjayakan rancangan ini.
Bagi urusan pemberian sumbangan,Tuan/Puan boleh datang sendiri atau masukkan ke akaun BANK ISLAM(0705-2010-0077-94) @ CIMB ISLAMIK [0740-0000-6551-00] @ MAYBANK [5573-2605-0364] atas nama ma’had ini.
Sekian,Wassalam.