“TARBIYAH CEMERLANG,INSAN GEMILANG”

Ma’had Tahfiz Al-Quran Nusratul Ulum(MATAN) terletak di kampung Cherok To Kun Atas,Bukit Mertajam, Pulau Pinang. MATAN berhampiran sebuah tempat rekreasi yang terkenal disini iaitu hutan lipur Bukit Mertajam. MATAN telah ditubuhkan pada tarikh 1/6/2010.
Pada masa ini, MATAN masih lagi menyewa di sebuah premis.Kewangan MATAN hanya bergantung kepada yuran yang diambil dari para pelajar sebanyak RM100.00 sebulan.
MATAN juga menyediakan pengajian secara percuma kepada anak-anak yatim yang tidak berkemampuan.
Permintaan dari masyarakat untuk mendaftar di MATAN amat mengalakkan, namun demikian kami tidak dapat menerima kemasukan mereka kerana tempat yang amat terhad.
Atas keperluan tempat yang lebih besar dan selesa, kami merancang untuk membina bangunan empat tingkat di atas tanah milik MATAN yang berkeluasan 2 ekar yang merangkumi ruang pejabat, ruang tetamu, dewan belajar, asrama, dapur, dewan makan dan sebagainya. Untuk melengkapkan lagi keperluan sistem tarbiah di MATAN, kami juga merancang membina sebuah surau yang mampu menampung 500 jemaah. Untuk kos keseluruhan pembinaan ini kami mengangarkan RM2 juta bagi menjayakan apa yang dirancang.
Tanpa bantuan dan sokongan para dermawan islam seperti Tuan/Puan, kami warga MATAN tidak mampu memenuhi permintaan masyarakat yang berhasrat untuk menghantar anak-anak mereka ke MATAN serta tidak mampu menyediakan keselesaan tempat tinggal dan sebagainya untuk pelajar yang sedia ada.
Segala jasa baik Tuan/Puan, Di sudahi dengan maksud ayat "dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan." al-Baqarah:272
Untuk menjayakan apa yang dirancangkan ini kami menyeru semua umat islam berganding bahu bersama membantu menjayakan rancangan ini.
Bagi urusan pemberian sumbangan,Tuan/Puan boleh datang sendiri atau masukkan ke akaun BANK ISLAM(0705-2010-0077-94) @ CIMB ISLAMIK [0740-0000-6551-00] @ MAYBANK [5573-2605-0364] atas nama ma’had ini.
Sekian,Wassalam.


SEBARANG BENTUK SUMBANGAN BAGI PEMBINAAN DAN PENTADBIRAN MATAN. HUBUNGI :- 017-4555400(MUDIR) EMAIL : nusratul_ulum@yahoo.com BANK ISLAM(CAWANGAN BANDAR PERDA)[0705-2010-0077-94]...CIMB [0740-0000-6551-00]...MayBank [5573-2605-0364]

Rabu, 9 Mei 2012

PENGAMBILAN PELAJAR

Syarat kelayakan adalah seperti berikut :
1) Pemohon hendaklah berumur 13 tahun ke bawah.

2) Mempunyai daya ingatan yang kuat, berminat dan mempunyai kesungguhan.Boleh membaca al Quran dengan baik dan lancar.Boleh membaca dan menulis.

3) Berakhlak mulia dan bersifat taat.

4) Memdapat keputusan yang baik atau sekurang-kurangnya 2A dalam peperiksaan UPSR.

5) Pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan (fakir/miskin) yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan juga diterima.

6) Lulus temuduga oleh pihak MATAN.

7) Pihak ibubapa dan pemohon bersedia untuk patuh kepada tatatertib dan hukuman yang dikenakan oleh pihak madrasah.

NOTA: Anda dikehendaki membawa bersama:Salinan kad pengenalan atau surat beranak.Surat sokongan sekolah atau madrasah.Keputusan UPSR (jika sudah mengambil peperiksaan itu) atau keputusan peperiksaan pertengahan tahun.Satu salinan bagi setiap sijil dan dokumen.2 keping gambar berukuran passport.

Keterangan kepada yang berminat :Tuan/puan hendaklah mengisi borang permohonan kemasukan pelajar dan membawa bersama pemohon dan dokumen yang berkenaan untuk hadir pada sesi temuduga.Asrama dan semua kemudahan asas disediakan oleh pihak madrasah.Keperluan dan kelengkapan lain akan dimaklumkan kepada tuan/puan sekiranya permohonan anak tuan diterima.Makan/minum harian akan disediakan oleh pihak madrasah.Semoga penyertaan anak-anak tuan/puan akan melahirkan para Dai’ dan Ulama yang berwibawa dan bertakwa. Melalui pengetahuan ilmu yang mantap dan tarbiah dan bimbingan dalam mengamalkan kehidupan yang berasaskan al-Quran dan al-Sunnah akan berkemampuan untuk menyumbangkan tenaga dalam pembangunan rohani dan jasmani umat seluruh dunia. 


Undang-Undang dan Tatatertib MATAN.
Peringatan : Undang-undang ini hendaklah dihafal di rumah sebelum datang pada hari pendaftaran untuk membolehkan pelajar terus masuk ke dalam kelas pengajian. Pelajar yang tidak ingat undang-undang tidak dibenarkan masuk ke dalam kelas pengajian.

1) Setiap pelajar mestilah menghormati semua guru, pihak pentadbir dan pekerja-pekerja (kakitangan) madrasah.

2)Setiap pelajar mestilah menjaga kebersihan diri dan madrasah.

3) Setiap pelajar mestilah mengambil bahagian di dalam setiap program dan menepati masa yang telah ditetapkan seperti majlis bayan, waktu belajar, waktu makan, waktu tidur dan lain-lain.

4) Pakaian mestilah mengikut sunnah. Jubah atau kurta labuh mestilah atas dari buku lali. Baju yang bergambar atau bertulis tidak dibenarkan. Pakaian rasmi waktu kelas ialah jubah putih, songkok putih dan serban putih.Rambut mestilah pendek dan kemas.Janggut tidak boleh dicukur.

5)Tidak dibenarkan menghisap rokok dan benda-benda yang merbahaya seperti dadah, menghidu gam dan lain-lain. Pihak madrasah berhak untuk memberhentikan pelajar yang didapati terlibat dengan perkara tersebut.

6) Tidak dibenarkan berada di dalam bilik asrama ketika waktu kelas. Semasa belajar tidak dibenarkan meninggalkan bilik darjah tanpa kebenaran.

7) Keluarga atau waris boleh berjumpa dengan pelajar setelah mendapat kebenaran daripada pihak madrasah.Setiap pelajar hanya dibenarkan meninggalkan madrasah atau bercuti setelah mendapat kebenaran dari pihak mudir atau ustaz bertugas.

8) Setiap pelajar tidak dibenarkan membawa orang luar ke dalam kawasan asrama dan pelajar yang telah diberhentikan tidak dibenarkan masuk ke dalam asrama.

9) Setiap pelajar diwajibkan menjaga sembahyang lima waktu dengan berjemaah di masjid dan hendaklah menjaga sembahyang-sembahyang sunat.

10) Setiap pelajar tidak dibenarkan menerima wang, hadiah atau benda daripada sesiapa pun kecuali daripada keluarga sendiri. 

11) Pemberian wang dari ibubapa untuk perbelanjaan pelajar hendaklah dibuat melalui pihak madrasah.

12) Membuat bising dan bergaduh adalah ditegah sama sekali. Jangan bertindak sendirian bahkan buatlah aduan kepada pihak mudir atau ustaz.

13) Tidak dibenarkan melibatkan diri dalam politik, membentuk sebarang pertubuhan, mengadakan tunjuk perasaan, menghalang manshah (kehendak) madrasah dan menyiarkan sebarang berita di akhbar-akhbar.

14) Setiap pelajar mestilah mewujudkan suasana agama dan belajar pada setiap masa.Tidak dibenarkan membawa majalah, akhbar, radio, kaset, video, kamera, telefon bimbit dan semua jenis alat- alat muzik ke dalam madrasah.

15) Tidak dibenarkan menyimpan barang-barang merbahaya seperti pisau, parang, besi tajam, kapak dan lain-lain.

16) Pihak madrasah berhak memberhentikan pelajar yang melalukan kesalahan-kesalahan besar seperti menghisap dadah, melawan guru dan bergaduh dengan menggunakan senjata yang merbahaya.

17) Pihak madrasah, mudir dan ustaz boleh membuat siasatan mengejut terhadap aktiviti-aktiviti pelajar pada bila-bila masa siang atau malam.

18) Setiap pelajar adalah dilarang sama sekali meminjam, mengambil serta menggunakan barang-barang kepunyaan awam seperti basikal, motosikal, kereta dan lain-lain serta menggunakannya di dalam atau di luar kawasan madrasah.

19) Telefon seminggu sekali dengan keizinan daripada ustaz bertugas.

Selain daripada perkara-perkara di atas, pihak madrasah berhak meminda atau menambah sebarang undang-undang yang mesti dipatuhi oleh setiap pelajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan